mcmc
Pendidikan

Pendidikan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 5

                                                                        LOGO SMK BATU 5             PENGETUA SEKOLAH

 

LOKASI

Kedudukan SMK Batu 5 terletak di tepi jalan raya yang menghubungkan pekan Gurun dengan pekan Jeniang. Letaknya lebih kurang 7 Km dari pekan Gurun dan 6.5 Km dari simpang ke plaza tol Gurun Lebuh Raya Utara-Selatan. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 terletaknya bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Batu Empat merupakan sebuah sekolah kawasan luar Bandar di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan.

PROFAIL

Pengetua                                : Puan Hjh. Rosidah Binti Musa

Kod sekolah                           : KEA 3112

Gred                                       : A

Sesi                                        : Pagi

Jenis Murid                            : Lelaki Dan Perempuan

Bahasa Penghantar                : Bahasa Malaysia

Lokasi Pendaftaran                : Luar Bandar

No Telefon                            : 04 4680018

No Faks                                 : 04 4680549

Portal Sekolah                       :www.smkbtlima.edu.my

Email                                     :smkbtlima.ppdkmy@gmail.com

Luas Kawasan Sekolah         : 20.6 ekar

Tarikh Ditubuhkan                : 01/01/1995

Jabatan Pelajaran Negeri       : JPN Kedah

Jabatan Pelajaran Daerah      : PPD Kuala Muda Yan

Kawasan PKG                       : PKG Kawasan Gurun

Kawasan Parlimen                 : Jerai

 

INFRASTRUKTUR

Blok Bagunan Utama         : 6 (Blok A-Blok F)

Makmal ICT                       : 2

Bilik Darjah                        : 31

Dewan Sekolah                   : 1 (Dewan Seri Delima)

Kuaters Guru                       : 8

Surau                                    : 1 (Surau Al Falah)

Kantin                                  : 1 (Cafeteria Sari Rasa)

Asrama                                : 3 (Putera Perkasa,Seri Puteri  & Dewan Seri Kantan)

SEKILAS MENGENAI SMK BATU 5

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MENGKUANG ( SKPM )

LOGO SKPM

Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Mengkuang (SKPM) adalah sekolah gred A luar Bandar dengan jumlah murid terkini berjumlah 360 orang murid. Ianya terletak di bawah pentadbiran Pelajaran Pelajaran Daerah Pendang dengan kedudukan jarak 38 Km. Taburan murid sekolah ini terdiri daripada beberapa kampung yang berada di persekitaran iaitu Kampung Paya Mengkuang, Kampung Paya Serdang , Kampung Lubuk Reba Dan Kampung Baru.

Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang merupakan sebuah sekolah terletak di sebuah perkampungan melayu di Kampung Paya Mengkuang. Penduduknya terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana rendah. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai buruh kilang, penoreh getah, petani,peniaga kecil-kecilan dan lain-lain.

Kebayakkan waris bergantung harapan sepenuhnya kepada guru sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak mereka. . Maka guru lah untuk memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Guru –guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi pendidikan murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang. Terdapat ramai anak-anak kampung telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan memegang jawatan penting dalam perkhidmatan.

Cabaran yang dihadapi oleh guru amatlah mencabar. Banyak program yang telah dirancang untuk memastikan prestasi murid terus menuju kejayaan. Seperti mengadakan kelas-kelas tusyen pada setiap hari jumaat dan sabtu serta kelas malam yang dirancang khas untuk meningkatkan prestasi murid tahun 6. Waris-waris pula sentiasa memberi kerjasama kepada setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah. Kerjasama ini sentiasa memberi semangat kepada guru-guru untuk melaksanakan apa jua program yang dirancangkan. 

VISI

  • Ke arah Kecemerlangan Pembestarian Pendidikan melalui perealisasian ICT

MISI

  • Pembudayaan ilmu, teknologi maklumat dan komunikasi, pembacaan berkesan dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF

a)   Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dalam segala aspek

b)   Suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang kondusif dan dinamis

c)   Pengurusan Koleksi Sumber yang lengkap dan cekap

d)   Pembangunan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan JERIS

e)   Integrasi ICT dalam penghasilan P&P

f)    Aktiviti pembacaan pada semua peringkat

 

TADIKA PASTI AL-EHSAN

Pasti Al-Ehsan adalah tadika pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1990 an yang lalu di dalam Kampung Paya Mengkuang.Noor Fitryana bt Yaacob adalah guru yang bertugas di Pasti al-ehsan ini. Terdapat seramai 19 orang pelajar yang secara puratanya adalah kanak-kanak yang berumur di antara lima hingga enam tahun. Pasti al-ehsan juga telah menambah sabjek tambahan iaitu bahasa arab, peribadi muslim, al-quran selain sabjek matapelajaran yang lain.

Pasti Al-Ehsan telah dibuka selama berpuluh tahun yang lalu sehingga kini. Pasti Al-Ehsan telah menjadi turun menurun kepada masyarakat di kampung ini. Selepas berkurun lamanya Pasti Al-Ehsan telah diubahsuai supaya kelihatan lebin cantik dan selesa kepada pelajar di situ.

 

TADIKA KEMAS

Ini adalah tadika kemas kedua di dalam kampung. Tadika kemas ini telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2006 yang lalu dan telah ditugaskan kepada Puan Hamatun Binti Shafie yang berumur 30 tahun sebagai guru di tadika kemas ini. selain Puan Hamatun terdapat juga guru sukarela di tadika kemas ini iaitu Puan Rafidah Ramli. Terdapat seramai 26 orang pelajar yang berumur sekitar4, 5 hingga 6 tahun. 

 

PROGRAM SEMPENA HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KAMPUNG PAYA MENGKUANG

Sempena sambutan Hari Bersama , Pusat Internet 1 Malaysia kampung paya mengkuang telah merancang untuk membuat aktiviti sempena program tersebut. Pelbagai program telah dianjurkan termasuklah aktiviti untuk kanak-kanak tadika sehingga pelajar sekolah menengah . Aktviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti mewarna kanak-kanak pra sekolah, tadika kemas 1 dan 2 , pasti al-ihsan. Seterusnya My painting, e-learning, word creative, the best presenter , adobe hunt. 

 

PERTANDINGAN  MEWARNA KANAK-KANAK   6 TAHUN  KE BAWAH        

PELAJAR PRA SEKOLAH        

PELAJAR TADIKA KEMAS  

PELAJAR PASTI AL-IHSAN     

 

MY  PAINTING SEKOLAH RENDAH

Pertandingan melukis gambar Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Paya Mengkuang. Menguji tahap kemahiran peserta untuk melukis menggunakan aplikasi paint berdasarkan tajuk yang diberikan.

 

 

 

 

E – LEARNING  ‘JOM MAIN OTAK-OTAK’ SEKOLAH RENDAH TAHUN 5 HINGGA 6

Pertandingan ini telah diadakan sempena Hari Bersama PI1M. Acara ini telah disertai seramai 10 orang peserta pelajar sekolah. Menguji pengetahuan peserta untuk menjawab soalan online melalui pkg.sksriampang.net

 

‘ THE BEST PRESENTER ‘  KATEGORI SEKOLAH MENENGAH  

Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Seramai 12 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Menguji tahap kemahiran dan kecekapan peserta untuk mengaplikasikan microsoft power point dalam menghasilkan presentation terbaik.