|
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi taklimat tentang maklumat berkaitan advokasi dan perkara baharu berkaitan dengan media sosial yang boleh digunakan mendidik komuniti untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah dan selamat.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan ketika taklimat ini ialah para petugas Pusat Internet Kluster Pendang diberi persediaan latihan dan aktiviti yang disediakan oleh MCMC berkaitan mesej advokasi untuk digunakan dalam kelas pembelajaran di PI masing-masing. Selain itu, kandungan program ini juga akan disampaikan kepada komuniti melalui kelas-kelas insentif ICT yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini.