|
TUJUAN
Tujuan program dijalankan kerana memenuhi jemputan pihak tadika untuk memeriahkan perasmian kebun dapur tadika kemas tersebut yang baru dibina di kampung Paya Rawa, Pendang. Pihak petugas Pusat Internet telah menjalankan beberapa aktiviti bersama komuniti yang hadir. Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan gula dalam darah dan aktiviti klik dengan bijak bersama kanak-kanak yang hadir di program tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti yang mendapat sambutan ialah pemeriksaan kesihatan kerana setiap pengunjung yang membuat pemeriksaan akan mendapat hadiah misteri yang disediakan oleh pihak petugas. Selain itu, para petugas ada menyediakan soalan KDB yang sesuai dijawab oleh para pengunjung yang hadir. Disamping itu, pelbagai aktiviti juga telah dijalankan pada program ini oleh pihak tadika seperti sukaneka, gotong-royong dan lain-lain.