|
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini dijalankan kerana terdapat beberapa orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ini seperti PT3 dan SPM dan kelas ini membantu mereka untuk mencari bahan maklumat tentang kerja kursus yang diberi oleh guru mereka.Para pelajar ini menggunakan internet sebagai sumber utama bahan maklumat mereka. Ini kerana terdapat banyak maklumat di internet yang boleh diguna untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah mengenal pasti bahan maklumat yang sesuai untuk digunakan menyiapkan kerja kursus mereka. Melalui kelas ini, mereka dapat mengenal pasti bahan-bahan yang berkualiti dan menepati syarat yang ditetapkan oleh guru mereka. Selain itu, mereka juga boleh mengasah bakat dan kemahiran mereka menggunakan komputer. Kemahiran ini amat penting supaya para pelajar ini tidak ketinggalan di belakang dalam dunia yang serba moden ini.