mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2019(10): KELAS CARA MENGISI UPU DAN IPG

 

TARIKH : 23 MAC 2019
MASA : 10.00 PG – 12.00 TGHARI
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA : 2 PESERTA 

TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para pelajar lepasan SPM untuk mengisi permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti awam dan lain-lain. Pelajar yang hadir juga diberi tunjuk ajar tentang panduan yang betul untuk mengisi permohonan ini yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan mereka supaya mereka tidak salah memilih bidang atau kos untuk mereka menyambung pelajaran.

AKTIVITI

Aktiviti yang utama dijalankan ialah mereka dikehendaki membeli no pin yang dijual di bank supaya mudah untuk mengisi permohonnan ini. Selain itu,  mereka juga diajar untuk membuat akaun email sendiri kerana kebanyakan tawaran menyambung pelajaran dihantar melalui email. Disamping itu, mereka diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet untuk memilih kos yang sesuai dengan kelayakan dan keputusan peperiksaan mereka.

GAMBAR DISINI