|
TUJUAN
Tujuan aktiviti diadakan ialah kelas sempena cuti persekolahan yang telah hampir ke penghujungnya. Para peserta yang hadir majoritinya pelajar sekolah rendah. Petugas Pusat Internet telah memilih untuk mengadakan kuiz online dan tayangan filem animasi yang berfaedah untuk mereka.
AKTIVITI
Aktiviti pertama dilakukan ialah menjawab kuiz secara online. Soalan kuiz ini terdiri daripada soalan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh mereka untuk mengulang kaji sempena cuti sekolah ini. Selepas menjawab soalan kuiz online, mereka diberi peluang untuk menonton animasi melalui Smartboard yang terdapat di Pusat Internet Kg Paya Mengkuang. Mereka sangat teruja dan ini merupakan pengalaman yang baharu bagi mereka.