|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para penduduk di sekitar PI Kg Paya Mengkuang ini supaya mahir menggunakan Microsoft Word kerana ianya satu keperluan yang harus dimiliki oleh setiap orang. Mereka boleh menggunakan kemahiran ini untuk membuat surat dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah mengenal pasti setiap perisian dan perkakasan yang terdapat di komputer. Kemudian mereka diberi pengenalan tentang Microsoft Word dan setiap aplikasi yang terdapat di dalamnya. Selain itu, para peserta juga diberi tugasan yang boleh memahirkan penggunaan papan kekunci dan menaip secara pantas dan betul. Mereka boleh juga mengasahkan bakat dan kemahiran mereka melalui menaip dan juga menjadi salah satu kemahiran yang berkualiti dan boleh digunakan secara meluas.