mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2019(2): KELAS INTERAKTIF ICT

 

TARIKH : 4 APRIL 2019
MASA : 2.00 PTG – 5.00 PTG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 2 PESERTA 

TUJUAN

Tujuan kelas ini dijalankan untuk membantu para lepasan SPM untuk meneroka dunia IT dan membantu mereka mengisi permohonan UPU dan SPA. Kelas ini juga menggunakan kaedah yang interaktif untuk menarik minat mereka agar lebih tertarik dengan pembelajaran yang disediakan.

AKTIVITI

Kaedah yang disediakan lebih sesuai dengan usia mereka lepasam sekolah dan petugas menggunakan kaedah video yang menarik dan menayangkan di skrin Smartboard yang terdapat di PI Kg Paya Mengkuang. Mereka diberi tunjuk ajar cara membuat akaun Email dan ianya penting kerana pemberitahuan tentang tawaran sambung belajar di Universiti Awam menggunakan kaedah pemberitahuan melalui email.  Selain itu, syarat utama untuk mengisi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ialah pemohon harus mempunyai akaun gmail untuk urusan rasmi pada masa akan datang.

GAMBAR DISINI