mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL(4): PROGRAM KURSUS KEUSAHANAWAN ONLINE BERSAMA GOLONGAN ASNAF

 

TARIKH : 11 APRIL 2019
MASA : 8.00 PG – 2.00 PTG
LOKASI : MENARA ZAKAT NEGERI KEDAH
PESERTA

:24 PESERTA

TUJUAN

Program kursus ini diadakan antara Pusat Internet Kluster Pendang bersama golongan asnaf daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah  yang berpontensi untuk menjadi peniaga secara dalam talian dan yang ingin memulakan perniagaan. Kerjasama ini dapat membantu para golongan asnaf ini lebih berdikari dan mencari peluang untuk membantu menjana pendapatan mereka. Mereka turut diberi pendedahan tentang kelebihan menggunakan E-Dagang, teknik fotografi menggunakan telefon dan akhir sekali menjana pendapatan melalui Shopee.

AKTIVITI

Aktiviti yang pertama dijalankan petugas PI Kluster Pendang telah menerangkan konsep E-Dagang yang menjadi salah satu platform untuk mereka memulakan perniagaan. Ini kerana terdapat beberapa kelebihan E-Dagang serta kebaikan dan keburukan yang harus dipelajari sebelum menceburkan diri dalam bidang ini.  Selain itu, sesi fotografi menggunakan telefon juga antara yang menarik perhatian para peserta yang hadir kerana sesi ini lebih menumpukan teknik dan kreativiti mereka ketika mengambil gambar produk. Akhir sekali, sesi menjana pendapatan melalui shopee juga penuh dengan isi pengetahuan cara untuk memperoleh pendapatan melalui laman web beli belah terbesar di Malaysia ini.

GAMBAR DISINI