mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2019 (4):PENULISAN SURAT RASMI

 

TARIKH : 14 MEI 2019
MASA : 2.00 PTG – 5.00 PTG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

:1 PESERTA

TUJUAN

Tujuan kelas seperti ini diadakan ailah untuk membantu para belia kampung paya mengkuang supaya mahir menaip surat dengan menggunakan komputer. Kelas ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada penduduk kampung yang ingin mahir menaip menggunakan komputer. Kemahiran seperti ini sangat berguna dan boleh dipraktikan di dalam kehidupan seharian mereka.

AKTIVITI

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah memilih jenis surat yang ingin ditaip dan memastikan perkataan yang perlu ditaip cukup besar supaya mudah ditaip. Selain itu, isi kandungan dalam surat turut dikarang terlebih dahulu bagi memudahkan kerja menaip surat menggunakan Microsoft Word. Kemahiran seperti ini haruslah sentiasa digunakan supaya tidak lupa kaedah pantas untuk menaip. Mereka yang mempunyai kemahiran menaip di komputer seperti ini mempunyai kelebihan ketika meminta kerja kerana kebanyakan syarikat lebih memerlukan pekerja yang mahir menggunakan komputer.

GAMBAR DISINI