mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2019 (6):KDB& ADVOKASI SK PAYA MENGKUANG

 

TARIKH : 21 MEI 2019
MASA : 10.00 PG – 12.00 PTG
LOKASI : SK PAYA MENGKUANG
PESERTA

:60 PESERTA

TUJUAN

Aktiviti yang dilakukan ketika berkunjung ke SK Paya Mengkuang ialah taklimat tentang Klik Dengan Bijak(KDB) dan cara untuk mengakses internet dengan cara yang selamat. Para murid yang hadir untuk mendengar taklimat ini berumur dari 8-12 tahun dan pada usia ini mereka amat obses dengan permainan dalam talian di internet. Menerusi taklimat ini, mereka semua dapat dididik supaya tidak berlebihan ketika menggunakan internet.

AKTIVITI

Aktiviti seperti ini sentiasa diperlukan untuk mendidik para  murid sekolah supaya  dapat menggunakan internet dengan cara yang berfaedah. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan video penipuan atau jenayah siber yang semakin berleluasa agar mereka tidak mudah terpedaya dengan perkara seperti itu. Disamping itu, para petugas PI Kluster Pendang yang hadir juga turut menguji minda mereka dengan soalan kuiz yang disediakan agar segala isi kandungan taklimat KDB itu dapat difahami dengan baik oleh mereka.

KLIK GAMBAR DISINI