|
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan sempena Hari Nuzul Al-Quran dan dihadiri seramai 20 orang peserta kaum Wanita dewasa yang bertadarus dan mengalunkan bacaan suci al-quran. Mereka yang hadir diberi juga pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh petugas PI Kg Paya Mengkuang yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah tinggi dan pemeriksaan tahap gula dalam darah.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dijalankan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara percuma dan petugas turut memberi secara ringkas tentang keselamatan melayari internet dan keselamatan yang patut dipelajari supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah siber yang semakin berleluasa. Selain itu, mereka juga turut membaca beberapa surah sekali dengan terjamahan agar semua yang hadir sama-sama dapat memahami maksud di sebalik ayat tersebut. Disamping itu, mereka juga bertadarus beramai-ramai dan dapat menyemaikan sifat cintai Al-quran dalam diri setiap yang hadir