|
TUJUAN
Program CSR dan majlis berbuka puasa ini diadakan bersempena bulan Ramadan dan untuk meraikan anak-anak di Rumah Al-Munirah ini yang terdiri daripada anak golongan asnaf dan anak yatim. Pusat Internet Kluster Pendang telah dipilih untuk menjayakan program ini dan setiap sumbangan yang diderma oleh orang ramai disalurkan terus untuk keperluan mereka.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah perasmian dan penyampaian sumbangan barang keperluan dan duit raya kepada mereka supaya hari raya mereka lebih bermakna walaupun serba kekurangan. Seterusnya, majlis berbuka puasa bersama anak-anak penghuni Rumah Al-Munirah dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila diraikan seperti ini.