|
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan sempena hari raya aidilfitri dan kelas ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta merasai untuk mencipta kad raya dan menghias dengan kreativiti mereka sendiri. Kelas juga dapat membantu mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovasi ketika mencipta kad raya tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan mencari bahan seperti corak kad raya di internet. Selain itu, mereka juga dikehendaki membawa pensel warna untuk mewarna kad raya. Hasilnya mereka boleh bertukar-tukar kad raya bersama peserta lain yang terlibat dalam kelas ini. Disamping itu, mereka juga boleh menulis ucapan raya dalam kad dan melukis mengikut kreativiti mereka.