|
TUJUAN
Pelajar yang terlibat dalam kelas ini ialah pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Kelas ini diadakan untuk membantu mereka membuat kerja kursus yang penting dan kemudahan yang ada di PI Kg Paya Mengkuang digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar.
AKTIVITI
Perkara pertama yang dilakukan ialah mencari bahan maklumat di internet dan mengenal pasti kesesuaian untuk dijadikan bahan dalam kerja kursus mereka. Para petugas turut membantu supaya mereka dapat mencari maklumat dengan kaedah yang betul dan membantu dari segi mencetak dan menaip di komputer untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan sedikit taklimat tentang klik dengan bijak ketika melayari internet. Ini kerana banyak kes melibatkan pelajar sekolah yang telah menyalahgunakan internet.