|
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan diantara komuniti tempatan dan pusat internet.Program selama 1 hari ini juga melibatkan banyak agensi kerajaan dan badan berkanun yang hadir sama-sama untuk memberikan khidmat kepada komuniti setempat. Agensi yang terlibat ialah LHDN, JPJ, tabung haji, PTPTN, Klinik kesihatan, klinik pergigian, Ar-Rahnu, Perpustakaan Desa dan lain-lain.
AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan pemeriksaan tekanan darah tinggi, kencing manis dan Hepatitis C yang dijalankan oleh klinik kesihatan Daerah Pendang. Selain itu, petugas PI turut memberi taklimat tentang KDB dan mobile E-waste kepada para pengunjung yang hadir. Disamping itu, tadika kemas dan pasti disekitar PI Kg Paya Mengkuang turut hadir untk meryertai pertandingan mewarna yang diadakan. Aktiviti untuk golongan dewasa ialah aktiviti kuiz ict online dan gubahan bunga yang dapat menarik perhatian golongan wanita yang tinggal di kampung paya mengkuang. Para pengunjung hadir juga dapat memeriksa kenderaan mereka dengan adanya kaunter bergerak JPJ yang berkhidmat untuk membuat bayaran saman, pemeriksaan motorsikal.