|
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan bersempena Hari Bersama Komuniti dan turut melibatkan para pelajar dari tadika Kemas dan PASTI Kampung Paya mengkuang. Mereka menyertai pertandingan mewarna dan pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh para petugas.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang telah dijalankan iaitu mewarna yang disertai lebih daripada 30 orang pelajar yang bersekolah di sekitar PASTI dan tadika Kemas di sekitar PI Kampung paya mengkuang. Mereka berusia 4-6 tahun dan mereka turut dipantau oleh para guru dan pembantu tadika yang hadir bersama untuk memeriahkan lagi program ini. Selain itu, mereka turut juga didedahkan dengan kemahiran asas komputer agar mereka tidak kekok ketika menggunakan komputer. Kelas kemahiran seperti ini sering diadakan untuk membantu para pelajar supaya mendapat pengetahuan tentang komputer juga.