|
TUJUAN
Tujuan program ini dianjurkan untuk menyemai rasa semangat kemerdekaan dalam diri setiap pengunjung yang hadir. Petugas PI kluster Pendang tekah dijemput untuk memeriahkan program yang setiap tahun diadakan dan akan memilih lokasi yang sesuai dengan tema tentang hari kemerdekaan yang bakal tiba hujung bulan ini. Petugas turut juga memberikan perkhidmatan yang disediakan di PI seliaan TM iaitu pemeriksaan kesihatan.
AKTIVITI
Pengunjung yang hadir dapat memeriksaan tahap gula dalam darah dan tekanan darah tinggi kerana para petugas telah diberi kursus khas untuk membuat pemeriksaan ini dan mereka turut disediakan alat pemeriksaan yang lengkap. Selain itu, para pengunjung juga boleh menyertai beberapa program yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekolah tadika dan pertandingan mewarna bunga kebangsaan menggunakan bahan yang dikitar semula.