|
TUJUAN
Kelas ini ialah kelas menaip yang diadakan untuk para pelajar sekolah rendah. Mereka boleh belajar dan menaip secara perlahan sebagai permulaan kerana kebanyakan daripada pelajar tidak terdedah dengan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah pengenalan kepada laman web yang terdapat di internet untuk belajar menaip. Selain itu, para pelajar juga dapat mengukur tahap kemahiran mereka menaip perkataan melalui masa yang ditetapkan. Disamping itu, kelas ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan tentang ICT secara meluas kepada para pelajar.Kelas kemahiran seperti ini dapat melahirkan pelajar yang mahir ICT lebih ramai.