|
TUJUAN
Program lestari ICT & Cakna Kesihatan ini adalah program anjuran Pusat Internet Kg Paya Mengkuang. Program ini bertemakan kesihatan yang turut dijayakan dengan penglibatan Klinik Kesihatan Pendang. Para pengunjung turut boleh membuat pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma oleh Hayati Optometrist.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah oleh klinik kesihatan Pendang. Kemudian, para pengunjung boleh membuat semakan Mysalam yang bermanfaat kepada semua penerima BSH dan mereka turut boleh memeriksa jenis penyakit yang boleh membuat tuntutan. Selepas itu, para pengunjung boleh membuat pemeriksaan mata secara percuma yang disediakan oleh Hayati Optometrist yang merupakan kedai kaca mata yang terkenal di Pendang. Selain itu, terdapat juga agensi daripada Ar-rahnu yang turut memeriahkan program ini. Mereka menyediakan cuci emas secara percuma kepada para pengunjung.