|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu mengisi masa lapang para pelajar sekolah yang tinggal berhampiran PI Kg Paya Mengkuang. Program tutor seperti ini dapat menyediakan diri mereka dengan segala pengetahuan am dan juga membuat ulangkaji mengenai subjek yang telah dipelajari sepanjang tahun di sekolah.
AKTIVITI
Aktiviti hari ini dimulai dengan pemberian soalan tentang subjek yang akan diulangkaji iaitu Sains. Petugas telah menyediakan soalan berdasarkan hasil pencarian di internet dan peserta program ini diberi masa untuk menjawab soalan dan seterusnya berbincang bersama para petugas tentang soalan yang tidak difahami. Aktiviti seperti ini lebih mudah untuk difahami oleh para peserta kerana mereka boleh berbincang dan mencari jawapan bersama-sama.