|
TUJUAN
Program tutor seperti ini dapat mengisi masa lapang para pelajar kerana setiap sesi kelas turut diselitkan pembelajaran mengenai pengetahuan am. Pengetahuan seperti ini amat penting kepada pelajar sekolah kerana mereka hanya memfokuskan tentang subjek dan skor pemarkahan sahaja.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan penerangan tentang pengetahuan am yang sepatutnya setiap rakyat harus tahu dan seterusnya diikuti dengan sesi menjawab kuiz pengetahuan am yang telah disediakan oleh petugas. Selain menjawab soalan tersebut, petugas turut berbincang jawapan soalan kuiz tersebut. Disamping itu, petugas juga menyediakan soalan Klik Dengan Bijak(KDB) tentang kuiz pencarian perkataan mengenai internet.