|
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar agar mahir membuat surat rasmi menggunakan format yang betul dan sekali gus mereka boleh belajar menaip surat di komputer dengan kemas dan memudahkan mereka membuat surat di kemudian hari.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan mencari format surat yang bersesuai dengan usia mereka seperti contoh surat rasmi kepada guru mengenai tidak hadir ke sekolah. Dengan adanya kelas ini, mereka mahir menaip surat dan membiasakan diri mereka dengan komputer dan perisiannya seperti Mircosoft word dan lain-lain. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan cara menaip dengan pantas di komputer oleh para petugas PI Kg paya mengkuang. Akhir sekali, mereka diajar cara untuk mencetak surat daripada komputer terus agar mereka tak kekok mencetak surat tanpa bantuan petugas.