|
TUJUAN
Kelas ini merupakan kelas terakhir yang dijalankan sempena cuti sekolah ini. Kelas yang dijalankan ialah kelas peribahasa yang memerlukan para peserta mencari maksud peribahasa yang diberikan. Cara carian menggunakan internet yang mudah dan menjimatkan masa juga.
AKTIVITI
Kelas ini diadakan untuk para peserta mencari maksud setiap peribahasa yang diberikan. Dengan adanya kemudahan internet, para peserta dapat mengakses dengan lebih mudah dan cepat mencari maksud peribahasa tersebut. Selain itu, kebanyakan para peserta tidak memahami maksud peribahasa yang sering diguna pakai dalam subjek Bahasa Melayu. Kelas seperti ini dapat menambah baik cara pemahaman mereka mengenai peribahasa dan dapat menggunakannya ketika menulis esei. Akhir sekali, aktiviti penyampaian sijil dijalankan oleh petugas PI Kg Paya Mengkuang untuk semua peserta yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung selama 1 bulan.