|
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk membantu para pelajar menggunakan multimedia yang sedia ada di PI Kg Paya Mengkuang. Para pelajar juga diberi kebebasan untuk memilih sebarang tajuk yang berkaitan multimedia yang boleh dicari di Internet. Latihan seperti ini dapat membantu mereka supaya mahir mengendalikan perisian dalam komputer.
AKTIVITI
Para peserta diberi komputer setiap seorang dan mereka boleh mengeluarkan segala kreativiti seterusnya dipamerkan dalam hasil kerja mereka. Selain itu, mereka juga diberi latihan tentang membuat jadual dan carta organisasi yang juga penting untuk mereka belajar membuatnya. Akhir sekali, mereka turut diajar cara untuk memasukkan tulisan dan gambar dalam carta organisasi tersebut.