|
TUJUAN
PI Kg Paya Mengkuang telah menjadi pilihan para belia kampung yang akan menduduki peperiksaan secara dalam talian kerana keadaan di PI juga selesa dan tahap kelajuan internet juga membolehkan mereka menjawab soalan dengan mudah tanpa sebarang sekatan.
AKTIVITI
Petugas PI Kg Paya Mengkuang akan berusaha membantu para penduduk kampung yang ingin menjawab peperiksaan dengan memilih komputer yang mempunyai kawasan yang sunyi seperti di dalam bilik training. Ini kerana mereka memerlukan ruang yang sesuai untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut. Selain itu, petugas juga akan membantu mereka untuk membuka laman web yang berkaitan dengan peperiksaan tersebut. Diharap mereka akan berasa selesa dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.