|
TUJUAN
Petugas Pusat Internet Kg Paya Mengkuang telah mengadakan pertandingan mewarna dari rumah. Tema mewarna kali ini bertemakan Covid19. Tema ini amat berbeza kerana negara kita tidak pernah berhadapan dengan sebarang jenis virus yang menyerang manusia seperti ini.
AKTIVITI
Petugas memaklumkan tentang pertandingan kepada para peserta melalui sosial media seperti Facebook dan Whatapps. Mereka sangat teruja kerana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga kerana ianya boleh dilakukan secara berkumpulan dan yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Petugas juga menyediakan hadiah sebagai penghargaan mereka telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.