|
TUJUAN
Kelas ini bertujuan membimbing para pelajar untuk mahir mengendalikan komputer. Petugas juga turut menayangkan video Klik dengan bijak bertajuk Online grooming. Tayangan video pendidikan seperti ini mampu mengubah pemikiran mereka tentang bahaya kenalan di media sosial kerana kebanyakan mereka tidak dikenali oleh mangsa dan mangsa sering tertipu dengan pujuk rayu penjahat ini.
AKTIVITI
Peserta yang menyertai aktiviti kali ini seramai 6 orang yang berusia 9-12 tahun. Mereka sering terdedah dengan penggunaan gadjet dan media sosial tanpa sekatan daripada ibu bapa.Oleh itu, sebagai petugas Pusat Internet, perlu membimbing mereka tentang bahaya online grooming yang sering mensasarkan kanak-kanak sebagai mangsa mereka. Petugas menayangkan beberapa jenis video online grooming daripada Youtube Klik dengan bijak dan penipuan dalam talian. Akhir sekali, para pelajar ini diberi kelas asas komputer dan internet untuk memantapkan kemahiran mereka.