|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran menaip. Kemahiran ini boleh mendatangkan manfaat kepada para pelajar dan mereka boleh menggunakan kemahiran ini sebagai salah satu kemampuan mereka bersaing dengan pelajar lain.
AKTIVITI
Pelajar yang hadir ke kelas ini berumur 9-13 tahun. Mereka diberi pendedahan asas tentang kemahiran menaip menggunakan aplikasi menaip yang terdapat di laman web. Petugas menggunakan aplikasi ini kerana ianya mempunyai susun ayat yang menarik dan masa juga diambil kira untuk mengukur keupayaan mereka dalam menaip. Selain itu, para pelajar ini juga boleh meningkatkan kemahiran mereka jika selalu menaip menggunakan komputer. Akhir sekali, petugas akan sentiasa meneruskan kelas seperti ini untuk melahirkan satu masyarakat yang mahir dalam ICT.