|
TUJUAN
Tujuan ulangan tayang ini ialah untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak. Taklimat ini disampaikan oleh pegawai MCMC dari Sabah secara atas talian di laman sosial facebook Klik Dengan Bijak. Tajuk ini amat sesuai untuk pendidikan internet kepada semua lapisan masyarakat yang tinggal di sekitar PI kg paya mengkuang terutamanya kanak-kanak.
AKTIVITI
Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang mereka supaya mereka mengetahui tentang ancaman di internet. Jenis-jenis ancaman di Internet ialah online grooming, scammer,buli siber dan lain-lain.Kanak-kanak ialah target yang mudah diancam kerana mereka terlalu naif untuk menilai bahaya di internet. Oleh itu, kanak-kanak dan ibu bapa perlulah didedahkan dengan taklimat seperti ini supaya mereka mengetahui dan boleh mengelak daripada menjadi mangsa. Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan menghadkan penggunaan internet sekaligus mengelakan anak-anak mereka daripada terjerumus dengan ancaman ini.