|
TUJUAN
Quizizz merupakan aplikasi pembelajaran yang boleh digunakan sebagai latihan kepada para peserta. Mereka yang menyertai kelas kali ini berumur 10 tahun dan sedang bersekolah di SK Paya Mengkuang. Mereka ke PI kg paya mengkuang pada cuti hujung minggu sahaja dan sentiasa mengamalkan amalan norma baharu di musim Covid19. Quizizz ini boleh menjadi salah satu cara untuk para peserta menghilangkan tekanan dan ianya akan membuat para peserta lebih fokus kepada pembelajaran.
AKTIVITI
Aktiviti utama ialah peserta akan diberi masa oleh petugas menjawab beberapa jenis soalan kuiz berkaitan subjek pelajaran mereka seperti Matematik, Sains. Ini kerana subjek ini agak sukar difahami oleh mereka dan perlu membuat latihan berulang kali untuk memahaminya. Selain itu, petugas juga turut akan menyediakan soalan kuiz berkaitan ICT dan Klik dengan bijak . Ini kerana mereka akan dapat menambah ilmu sedia ada dengan menjawab soalan asas pengetahuan seperti ini.