mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2020(3):PANDUAN PERBANKAN INTERNET

 

TARIKH : 12 NOVEMBER 2020
MASA

: 10.00 PG – 11.00PG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 1 peserta

TUJUAN

Berhadapan dengan pandemik Covid19 ini, masyarakat lebih digalakan untuk duduk di rumah jika tiada sebarang urusan penting. Petugas PI Kg Paya Mengkuang hanya membenarkan pengunjung membuat urusan menggunakan internet di PI hanya selama sejam sahaja. Oleh itu, pengunjung yang hadir ke PI telah meminta petugas untuk mengajar mereka cara membuat urusan bank menggunakan online banking atau perbankan internet.

AKTIVITI

Tiada aktiviti fizikal yang lain dijalankan. Petugas hanya membantu untuk membuat online banking. Ini kerana pengunjung yang hadir merupakan seorang usahawan minyak wangi yang sedang berkembang maju di kawasan ini. Cik Diniwahida telah berkunjung ke PI dan meminta untuk petugas membantu beliau menyelesaikan urusan perbankan internet sekaligus boleh mengurangkan pergerkan keluar masuk ke bank. Online banking akan membantu melancarkan akses keluar masuk duit ke dalam akaun Cik Dini dan beliau juga diajar cara membuat transaksi menggunakan telefon pintar.

GAMBAR DISINI