mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2020(4):KELAS KENALI SHOPEE

 

TARIKH : 24 NOVEMBER 2020
MASA

: 10.00 PG – 11.00PG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 1 peserta

TUJUAN

Semasa pandemik Covid19 berlaku, kebanyakan orang kehilangan pekerjaan dan hilang separuh sumber pendapatan. Oleh itu, berniaga secara atas talian mampu memberi sinar baharu selain dapat menjana pendapatan. 

AKTIVITI

Oleh itu, petugas PI berbesar hati untuk mengajar tentang ilmu perniagaan kepada belia yang ingin menjana pendapatan. Siti Hawa merupakan peserta yang berminat untuk mempelajari kelas Shopee. Hawa merupakan seorang pelajar universiti awam di Pahang dan sekarang beliau menjalani kelas secara atas talian dan pada yang sama turut berniaga untuk menjana pendapatannya. Kelas ini hanya menerima seorang peserta sahaja kerana bimbang keselamatan peserta dan kelas ini sangat menenitik berat tentang penjarakan fizikal antara petugas dan peserta. Hawa telah diajar untuk mendaftar akaun Shopee untuk membeli dan sebagai peniaga dan beliau boleh memasukan beberapa produk untuk dikenali.

GAMBAR DISINI