|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk melatih lebih ramai belia mahir membuat poster secara atas talian. Poster ini dihasilkan melalui laman web Canva yang banyak membantu para pelajar menghasilkan poster yang menarik.
AKTIVITI
Dikala Pandemik Covid19 masih ada di dalam komuniti, petugas PI lebih mengambil langkah berwaspada ketika menjalankan kelas. Kelas atas talian agak susah diadakan memandangkan kesemua peserta tidak mempunyai akses internet yang kuat seperti di bandar. Oleh itu, setiap kelas dihadkan cuma 5 orang sahaja dan selebihnya akan dibawa keesokan harinya.Oleh itu, kelas kali ini menumpukan lebih ke arah penghasilkan poster yang bertema penghargaan kepada pejuang barisan hadapan sepanjang pandemik ini melanda dunia. Mereka diminta untuk membuat poster yang ringkas dan penuh mesej untuk menghargai kesemua para pejuang barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.