mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2020(5):E-PEMBELAJARAN:MENAIP SECARA ONLINE

 

TARIKH :  20 DISEMBER 2020
MASA

: 2.00 PTG – 5.00PTG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 4 peserta

TUJUAN

Kelas ini dijalankan bersempena cuti sekolah yang telah bermula. Para peserta yang hadir ke kelas ini berumur 8-12 tahun. Mereka berpeluang untuk belajar menaip menggunakan komputer. Para petugas mengambil insentif ini mengadakan kelas komputer bagi mengasah bakat dan kemahiran menaip para pelajar sekolah yang tinggal di sekitar PIK.

AKTIVITI

Aktiviti utama dimulai dengan petugas memberi keterangan tentang pembelajaran yang bakal dipelajari oleh mereka. Petugas memilih untuk menggunakan lawan web Typing Test kerana ianya mempunyai masa yang telah ditetapkan ketika menaip. Oleh itu, peserta juga boleh berlatih menggunakan laman web ini jika ingin mengasah bakat dan kemahiran menaip mereka. Selain itu, menaip juga boleh melatih mereka menggunakan kedua-dua belah tangan ketika menaip.  Akhir sekali, peserta akan diuji kebolehan menaip mereka menggunakan laman web ini dan peserta yang terpantas akan diberi penghargaan oleh petugas.

GAMBAR DISINI