|
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk para waris mengisi maklumat murid sekolah tahun 2021. Mereka menggunakan kemudahan seperti komputer dan kelajuan internet untuk mengisi maklumat ini. Petugas PIK kg paya mengkuang bersedia membantu mereka untuk memudahkan proses mengisi maklumat ini.
AKTIVITI
Aktiviti utama tertumpu kepada cara mendaftar akaun baharu bagi para waris. Ini kerana mereka perlu mengisi maklumat diri penjaga murid bagi melengkapkan proses mengisi maklumat murid. Selain daripada mengisi maklumat, para waris yang hadir ke PIK dapat menimba ilmu baharu dengan belajar mengendalikan komputer.