|
TUJUAN
Pusat Internet Komuniti(PIK) merupakan kemudahan asas yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat. Ini kerana pada tahun 2021, pembelajaran murid juga terhad kerana pandemik Covid19 masih belum berakhir dan sesi pembelajaran juga terpaksa dijalankan secara atas talin bersama guru sekolah mereka.
AKTIVITI
Oleh itu, mereka menggunakan kemudahan tempat seperti PIK yang sesuai untuk pembelajaran mereka kerana adanya komputer dan capaian internet yang dapat membantu para pelajar ini. Petugas PIK kg paya mengkuang amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar ini kerana memahami masalah yang dihadapi sesetengah pelajar yang tiada capaian internet yang laju untuk membuat kerja sekolah.