|
TUJUAN
Pusat Internet Komuniti(PIK) Kg Paya Mengkuang menyediakan kemudahan untuk para pelajar universiti awam yang tinggal berhampiran PIK untuk menjawab peperiksaan. Pelajar hanya perlu membuat temujanji dengan petugas supaya petugas mudah mengatur bilangan pelajar yang ingin menjawab peperiksaan mereka.
AKTIVITI
Petugas PIK akan membantu para pelajar yang ingin menjawab peperiksaan dengan memastikan capaian internet di PIK berada dalam keadaan baik. Ini penting kerana kaedah peperiksaan atas talian ini mempunyai masa untuk menjawab kertas soalan yang akan diberikan kepada pelajar melalui laman sesawang universiti mereka. Diharap kemudahan yang terdapat di PIK akan membantu para pelajar ini menghadapi peperiksaan mereka dengan tenang.