|
TUJUAN
Pusat Internet Komuniti telah menjadi tempat para pelajar untuk belajar secara alam maya bersama guru sekolah mereka. Mereka akan menggunakan kemudahan internet untuk membuat tugasan yang diberi para guru. Petugas PIK sangat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang mempunyai masalah capaian internet di kediaman mereka.
AKTIVITI
Pelajar yang telah hadir ke PIK kali ini berumur 9 tahun dan bersekolah di SK paya mengkuang. Pelajar ini memerlukan kemudahan internet untuk membuka video yang telah dikirim oleh guru sekolah. Tugasan kali ini memerlukan dia untuk menyanyikan semula lagu dalam video yang telah dihantar oleh guru. Kemudahan capaian internet di kediaman pelajar ini agak lemah untuk membolehkan dia menjalani PDPR di rumah.