|
TUJUAN
Kelas ini ialah bertujuan membantu para penduduk sekitar PIK Kg Paya Mengkuang membuat kertas kerja untuk pinjaman perniagaan. Petugas PIK hanya akan membimbing para penduduk untuk menaipnya sendiri kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu menambah pengetahuan mereka.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang diketengahkan oleh para petugas PIK ialah cara untuk menaip kertas kerja yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Oleh itu, setiap huruf dan perkataan haruslah diteliti oleh peserta yang hadir ke kelas ini supaya tiada kesilapan ejaan yang bakal menjadi sebab untuk kertas kerja ini ditolak.