|
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini ialah untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka melalui Shopee. Shopee telah membantu ramai peniaga memulakan bisnes mereka kerana kepercayaan yang diberi oleh pelanggan terhadap laman web Shopee.
AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan ialah kelas asas Shopee yang dikendalikan oleh petugas PIK sendiri yang juga merupakan penjual barangan di Shopee. Dengan pengalaman yang ada, petugas mampu menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun Shopee. Selain menjual, peniaga juga boleh membeli dengan menggunakan akaun yang sama. Ini kerana terdapat pelbagai baucer penjimatan setiap kali pembelian dibuat secara atas talian. Disamping itu, petugas PIK juga akan membantu usahawan baru ini untuk mencantikkan kedai atas talian di Shopee untuk menarik perhatian pelanggan. Bagi menarik kepercayaan pelanggan, penjual juga perlu menjaga tahap perkhidmatan kedai dengan memepercepatkan pengeposan barang kepada pelanggan dan sebagainya.