|
TUJUAN
Kelas pembelajaran kelas kali ini lebih menumpukan kepada cara menaip. Ini kerana cara menaip dapat membantu mereka untuk mempercepatkan kerja atau tugasan yang memerlukan mereka menggunakan komputer.
AKTIVITI
Para petugas PIK sudah menyediakan kelas yang bersesuaian dengan umur dan pemahaman mereka. Untuk mengelak kelas ini menjadi bosan dan tidak menarik, para petugas telah menyusun kelas ini dengan diselitkan sekali permainan yang berunsurkan pembelajaran. Permainan ini sangat bersesuaian untuk para pelajar kerana ianya lebih santai dan sebagai latihan untuk jari-jemari mereka agar pantas ketika menaip.