|
Latar belakang
Puan Sukhriyyah menggunakan nama Brownies by Afif Kitchen untuk memperkenalkan produk perniagaan beliau. Beliau menghasilkan aneka jenis brownies hampir setiap hari dengan tema yang pelbagai termasuk untuk majlis-majlis keraian dan juga perlahwinan. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan beliau seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Sukhriyyah kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan secara lebih mendalam. Beliau hanya memfokuskan kepada penghasilan dan penjualan brownies sahaja. Beliau menjual kepada pelanggan hanya dalam komuniti yang terdekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Puan Sukhriyyah menjadikan PI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas perniagaan shopee di PI Kg Paya Mengkuang. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.