mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2020: CELIK IT

NAMA : NUR ANISS ANISA BT ABU SEMAN
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 20 JUN 2016

 

Latar belakang

Tahap Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 Gurun, Kedah.

Status : Pelajar Tingkatan 5

Bilangan Adik Beradik: Anak ke lima daripada  lima orang adik-beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang,  adik Aniss menyatakan beliau kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan peralatan komputer dan teknologi maklumat. Beliau juga sukar mendapat kemudahan internet disebabkan beliau tinggal di kawasan kampung yang agak jauh daripada kawasan bandar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet  Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Paya Mengkuang, adik Aniss kini  telah berada di tahap  mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau  sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif