|
Latar belakang
Cik Nor Aziera menyediakan perkhidmatan jualan secara peribadi atau personal shopper bagi barangan makanan seperti coklat import dan barangan dapur berjenama dan berkualiti tinggi. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan beliau seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp serta Group Telegram.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Cik Nor Aziera kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan secara lebih mendalam. Beliau juga kurang informasi tentang teknologi terkini seperti media sosial pada masa kini yang mampu untuk menggerakkan aktiviti perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Cik Nor Aziera menjadikan PI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas perniagaan shopee di PI Kg Paya Mengkuang. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.