mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2021: USAHAWAN 2

NAMA : SARAH BT HUSSAIN
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 3 JULAI 2017

 

Latar belakang

Perniagaan atas nama Qaseh Sarah Utara Enterprise ini wujud bagi tujuan untuk melebarkan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih luas. Pemilik perniagaan iaitu Puan Sarah menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan  beliau  seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Sarah hanya menggunakan platform Facebook, Instagram dan juga WhatsApp untuk mengiklankan perniagaan beliau. Beliau hanya mempelajari sendiri kaedah pemasaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila beliau mengetahui Pusat Internet Kg Paya Mengkuang menawarkan kursus pemasaran atas talian, beliau segera dating ke pusat internet untuk mendaftar sebagai ahli pusat internet. Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet, pemilik perniagaan ini menjadikan PI  sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas  perniagaan shopee di PI Kg Paya Mengkuang. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat.