mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2021(2):KAJI SELIDIK SKMM

TARIKH : 11 /5/2021
MASA

: 2.00 PTG – 4.00 PTG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

:  6 peserta

 

TUJUAN

Tujuan kaji selidik ini untuk mendapatkan pandangan dan pendapat awam mengenai perkhidmatan internet di bandar dan luar bandar. Oleh itu, pihak SKMM telah melantik para petugas PIK sebagai penemuramah bagi kajian ini dan membantu pihak SKMM untuk mencari responden yang berpotensi untuk menjawab kaji selidik ini.

AKTIVITI

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika kajian ini dijalankan ialah penggunaan internet di kawasan responden. Pihak SKMM ingin membantu meningkatkan tahap kelajuan internet sekali gus responden dapat mengakses internet ini untuk pembelajaran dari rumah dan lain-lain. Selain itu, penemuramah dikehendaki menyediakan maklum balas yang jujur daripada responden yang menggunakan talian telefon seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. Akhir sekali, pendapat daripada responden amat bernilai dan pihak SKMM dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.

GAMBAR DISINI