|
TUJUAN
Aktiviti yang dijalankan oleh petugas PIK ialah mengadakan kuiz pembelajaran yang menggunakan laman web Quizizz. Peserta yang hadir ke kelas ini berusia 11-12 tahun. Oleh kerana disebabkan pandemik, sekolah juga ditutup dan pelajar menjalani pembelajaran secara atas talian. Oleh itu, latihan tambahan seperti Quizizz ini amat membantu mereka memahami subjek pembelajaran di sekolah.
AKTIVITI
Petugas telah memilih subjek Matematik sebagai tajuk utama dan ianya sangat membantu kerana terdapat banyak soalan yang telah disediakan di Quizizz. Petugas hanya perlu mencari soalan yang bersesuaian dengan umur dan tahap pemahaman mereka agar mereka boleh menjawab soalan yang disediakan.