|
TUJUAN
MySTEP ialah salah satu program kerajaan untuk membantu para belia yang mempunyai ijazah untuk mendapat peluang pekerjaan. Peserta yang telah terpilih untuk menjalani program ini perlu melalui kursus selama 15 hari. Oleh kerana pandemik Covid19 masih belum berakhir, peserta yang terpilih diberi pelepasan menjalani latihan atau kursus jangka pendek ini secara atas talian.
AKTIVITI
PIK kg paya mengkuang menjadi tempat peserta untuk menjalani latihan jangka pendek ini. PIK tidak menjalankan apa-apa kerjasama dengan MySTEP tapi ini inisiatif pihak petugas untuk membantu peserta menjalani latihan dengan keadaan selesa. Talian internet di rumah peserta juga lemah menyebabkan peserta memilih PIK sebagai tempat menjalankan latihan mereka. Oleh kerana kursus ini secara atas talian, peserta dapat memaksimakan kegunaan komputer dan kemudahan internet di PIK.