|
TUJUAN
Petugas PIK kg paya mengkuang ada menganjurkan pertandingan secara atas talian iaitu swafoto selepas mengambil suntikan vaksin dan ianya perlu dimuat naik ke dalam Facebook. Pemenang akan dikira berdasarkan kiraan jumlah likes yang diperolehi. Kempen seperti ini adalah insentif petugas untuk membantu kerajaan dalam mempercepatkan negara kita mencapai imuniti kelompok dan kembali hidup seperti biasa.
AKTIVITI
Peserta hanya perlu memuat naik gambar mereka berserta kaspyen yang menarik agar lebih ramai orang mengambil vaksin. Dua pemenang akan dipilih dan hadiah menarik menanti mereka. Ini merupakan salah satu cara petugas menganjurkan pertandingan di musim pandemik Covid19 dan diharap negara kita dapat mencapai imuniti kelompok secepat yang mungkin.